Tuesday, December 16, 2008

Seseorang yg ku kenali...

Banyak yang ingin ku sentuh tentangnya tetapi cukup sekadar ini luahan rasa..Bagiku insan ini amat istimewa tetapi ada ruang yang membahagikan antara aku dan dia..Mungkin bagi dirinya aku ini cuma kanak-kanak yang baru ingin berjalan..biarlah dia melihat diriku kelak terbang tinggi di awan..perit-susah ku selama ini ingin dikongsi bersama walaupun ku tau ada yang tersinggung nun jauh disana..kesusahanku selama ini bagai turut kau rasa walaupun ku tahu xsemestinya aku yang kau utama..namun segala masalahku kau berikan sepenuh perhatian lantas kau cuba untuk meringankan beban..kekadang ku berjalan tidak semestinya lurus seperti orang lain..kau berikan aku panduan,semangat serta dorongan bagai ada tongkat yang memimpin..kini kau pula yang berjauhan membawa diri membiarkan aku ke sisi seorang diri..namun setiap kata-katamu akan pegang erat biar menjadi pedoman dan kata-kata semangat..jangan kau tangisi sepanjang pemergianmu dan jangan kau bimbangkan kepada orang yang ditinggalkanmu..pergilah kau dengan tenang dan janganlah kau bimbang..semoga kau kan berjaya di tempat orang dan sambutlah salam ini dari orang yang tersayang..di kesempatan hari lahir mu ini anakandamu mendoakan selamat hari jadi dan semoga berjaya..

Thursday, December 4, 2008

Orang Yang Mencintai kamu

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Hari Minggu', 'Selamat Tidur', 'Take Care', 'Good Nite' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari.
Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).

Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.