Sunday, April 12, 2009

Hooligans Never Walked Alone














~~Once Hooligans Forever Hooligans~~

cinta tiga segi ver.2.0

Cinta tiga segi ver.2.0 ini ditulis atas dasar untuk menjelaskan kebenaran dan menolak speklusi liar dari para anonymous yang begitu teruja untuk bersuara tetapi segan untuk menampilkan diri..hehe..jika ada yang terasa paham2 sendirik la yer..Cinta tiga segi ver2.0 juga merupakan lanjutan cerita dari cinta tiga segi sebelum ini(sapa yang nak comment sila baca rencana cinta tiga segi yang pertama itu dahulu).

Cinta tiga segi antara mamat ke-3,awek,and bf dienye ni bolelah aku tukarkan kepada nama-nama lain(takut confius nanti)..mamat ketiga ni aku namakan dier sebagai Sufi(bukan nama sebenar),awek ni sebagai Elisya(bukan nama sebenar) n bf dier sebagai Ehsan(bukan nama sebenar)..

Ehsan dan Elisya telah pun menjalinkan hubungan percintaan selama setahun 5 bulan lamanya..bagi Elisya hari ke hari perhubungan cinta itu kian pudar..Pergolakan sering berlaku antara mereka..Elisya sudah pun tawar hati dan sering memendam perasaan..awal januari lalu,Elisya dan Ehsan sedang dilanda krisis yang bagi Elisya itu merupakan dugaan terbesar sepanjang perhubungan mereka..namun Ehsan tetap berdiam diri tanpa menyedari perbuatannya mendiamkan diri itu merupakan satu titik noktah buat perhubungan mereka..
Elisya merasakan dirinya sahaja yang memujuk,merayu dan mendapatkan Ehsan setiap kali ada pergaduhan dan pertelingkahan sepanjang perhubungan mereka..Elisya sudah lali diperlakukan begitu..Elisya juga seperti manusia biasa yang inginkan kebahagiaan hidup dan juga mendambakan kasih-sayang seperti insan yang lain..

Elisya dan Sufi merupakan kenalan sejak dari sekolah rendah lagi namun selepas memasuki alam sekolah menengah persahabatan mereka terhenti kerana masing2 mendapatkan haluan masing2..Mereka bertemu kembali awal Januari lalu melalui ruang siber..dari hanya bertanya kabar hinggalah kedua-duanya bersetuju untuk berjumpa..bagi mereka tidak salah rasanya untuk bertemu kenalan lama..Lama-kelamaan kedua-duanya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan cinta yang mula berputik diantara mereka..Namun Sufi sedar Elisya sudah dimiliki orang begitu juga Elisya sedar akan dirinya sudah pun berpunya..Atas sebab tindakan Ehsan yang tidak memberikan perhatian yang lebih kepada Elisya maka Elisya merasakan dirinya tidak dihargai sepenuhnya oleh Ehsan..Elisya memberitahu Sufi akan situasi dirinya yang sudah dimiliki orang dan Sufi faham akan keadaanya itu..Sufi menyatakan kepada Elisya bahawa dia tidak mahu untuk mengganggu perhubungan Elisya dan Ehsan dan berharap dia dan Elisya dapat berkawan selepas ini..maka mereka pun berkawan seperti biasa namun semakin lama Elisya mengenali Sufi,semakin tertarik dia kepadanya..Elisya mendapati Sufi merupakan seorang insan yang istimewa disebabkan karakternye yang berbeza dari orang lain..mungkin disebabkan perbezaan setahun usia antara mereka dan 'level of thinking' membuatkan Elisya merasakan sesuatu kelainan yang ada pada diri Sufi..Elisya merasakan dirinya selesa bersama Sufi..

Pada suatu ketika Sufi merasakan dirinya bersalah menjadi orang ketiga diantara Elisya dan Ehsan..Sufi menyatakan kepada Elisya bahawa dia mencintai diri Elisya tetapi dia merasa bersalah dengan perbuatannya itu..Maka Sufi menyatakan keinginannya untuk menarik diri dan ingin pergi jauh dari Elisya..Sufi tidak mahu menjadi batu penghalang diantara Elisya dan Ehsan..namun tindakannya itu dihalang oleh Elisya..bagi Elisya dia tidak mampu untuk kehilangan Sufi..namun hati Elisya berbelah bagi kerana baginya Ehsan yang bersikap acuh xacuh kepadanya namun perhubungan mereka belum lagi berakhir..kini insan yang baru dikenalinya itu menyatakan hasrat untuk menarik diri dan tidak mahu untuk menjadi batu penghalang..


Kini Ehsan telah mengetahui Elisya kerap menghubungi Sufi..Mereka berjumpa sekali-sekala di hujung minggu..Ehsan tidak dapat menerima kenyataan dan terus mendapatkan Elisya untuk mendapatkan kepastian..Ehsan memberi kata dua kepada Elisya samada memilihnya atau memilih Sufi..Ehsan juga menyatakan bahawa jika Elisya memilihnya maka Elisya 'WAJIB' untuk memutuskan sebarang hubungan dengan Sufi walaupun hanya sebagai kawan..bagi Elisya itu terlau kejam bagi Sufi..Salahkah diri Elisya untuk berkawan dengan orang yang dikehendakinya?Ehsan tidak pernah nampak semua itu..bagi Ehsan,keinginannya harus dipenuhi..lain halnya kepada Sufi,dia menyatakan bahawa Elisya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia mahu..tidak salah untuk memberi kebebasan kepada Elisya yang ingin bebas berkawan..


Malam itu..
Ehsan menghubungi Elisya untuk mendapatkan jawapan samada Elisya memilih dirinya ataupun Sufi..Sedangkan sebelum Ehsan menghubungi Elisya,Sufi telah menghubungi Elisya dahulu dan menyatakan bahwa dia mahu MENARIK DIRI..Sufi tidak mahu dipersalahkan..Sufi tahu dirinya yang bersalah dalam soal ini..Sufi MENEGASKAN bahwa dia tetap mahu menarik diri dan MENDESAK Elisya supaya memilih Ehsan yang merupakan teman lelakinya ketika ini..Elisya menangis teresak-esak sewaktu Sufi menyatakan kehendaknya itu..Elisya menuruti kehendak Sufi dan memilih Ehsan seperti mana yang disuruh oleh Sufi..

Keesokan harinya..
hari ini merupakan hari yang suram buat Elisya kerana hatinya bagai retak seribu..keputusan yang dibuatnya malam tadi begitu memberi kesan yang mendalam..hatinya tidak tenteram ketika ini..Air mata laju menuruni dan membasahi pipi tatkala teringatkan Sufi..baginya Sufi tiada lagi..setiap kali melihat wajah Ehsan,Elisya akan teringatkan Sufi..setiap yang dilakukan pasti akan teringatkan Sufi..banyak yang bermain di fikiran Elisya ketika ini..Sedangkan Ehsan yang merasa puas dengan keputusan yang dibuat oleh Elisya dia tidak mengetahui bahwa kesengsaraan yang dialami oleh Elisya sewaktu membuat keputusan itu..Elisya sentiasa menangis hari ini..

Ehsan merasakan cemburu melihat keadaan Elisya yang sentiasa menangis mengingatkan Sufi..bagi Ehsan dia cemburukan Sufi kerana Elisya menangis sebegitu rupa dengan kehilangan Sufi..baginya Sufi seorang yang istimewa kerana mampu membuatkan Elisya menangis sepanjang hari..dengan hati yang berat maka Ehsan telah mendapatkan Elisya dan memberitahunya bahawa dia mahu melepaskan Elisya..kerana bagi Ehsan dia tidak mahu melihat Elisya terseksa dengan dirinya..


Sehingga hari ini..

hubungan Sufi dan Elisya sentiasa mekar dari hari ke hari malah Sufi telah menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda perhubungan mereka..Cuma kadang2 orang yang hanya mendengar cerita orang tidak tahu kebenaran cerita yang sebenar..Sufi dan Elisya sentiasa sabar mendengar tohmahan cerita2 luar yang lebih mendambakan dosa-dosa fitnah dan hasad dengki
dari orang lain..bagi mereka,keinginan hati dan keputusan dari hati merupakan keputusan yang paling tepat dalam hidup seseorang itu..Sufi bukanlah perampas dan menjadi orang ke-3 seperti yang dikatakan orang itu..dia telahpun menarik diri terlebih dahulu..dan Ehsan pun telah melepaskan Elisya..

tentang soal duit pula,tidak salah rasanya Sufi untuk membelanjakan duitnya semata-mata untuk kebahagiaan Elisya..tetapi bukan setiap kali mereka berjumpa Sufi akan membelanjakan duitnya kepada Elisya..sesekali Elisya yang keluar duit pula..adatlah orang bercinta sentiasa ingin berkongsi apa jua yang dilakukan.."Sharing is caring"..

ohh~~lupa pula,Sufi telah membeli sepasang kasut buat Elisya namun disalah ertikan oleh pembawa mulut yang menginginkan dosa-dosa besar fitnah..kata pembawa mulut ini
"eleh,nak pancing guna duit la 2"..Sufi dan Elisya terkilan dengan pembawa mulut tersebut yang merupakan orang yang dikenali oleh mereka..bagi mereka,tidak salah rasanya menerima pemberian orang..Sufi membelikan Elisya kasut tersebut kerana Elisya menyimpan keinginan untuk memakai kasut itu satu hari nnti..kasut dan cincin itulah sahaja merupakan pemberian Sufi kepada Elisya setakat ini..tidak pernah terlintas untuk Sufi menggunakan duit sebagai senjata untuk memenangi hati Elisya..perhubungan mereka tercipta atas dasar kepercayaan dan kasih-sayang..


p/s:- so korang judgela cite yang aku tulis ni..aku xnak ade comment yang sebut pasal duit2 lagi k..em..kepada anonymous silalah tampilkan diri korang jika ada yang ingin bersuara menyatakan ketidakpuashati anda k..sikap gentlement anda diharapkan...

selamat membaca~~: )

Thursday, March 26, 2009

Morning everyone~~

Melihat terbitnya matahari pagi merupakan saat yang sungguh istimewa buat semua org tidak ketinggalan kepada diri saya..tidakkah anda rasa begitu?


namun semuanya bagai tidak lengkap dengan sebungkus nasi lemak berlaukkan telur rebus,kacang gorang dan beberapa ekor ikan bilis goreng..makanan ini menjadi makanan ruji masyarakat malaysia di pagi hari..pelik bukan?

emmm...atau istimewa?

makanan yg simple begini pasti membuat kita kepingin merasainya setiap pagi sebelum ke tempat kerja..lagi best makan masa pagi ahad..:)




xcukup dengan nasi lemak?ermmm..mesti lagi best kalau dapat makan roti canai..


hidangan tanpa penawar dahaga pasti membuatkan seseorang itu terbantut seleranya..adakah anda setuju?

hmm..pastinya xsempurna sarapan seseorg tanpa teh tarik,atau mungkin tongkat ali ais/suam atau kopi kapal api?tepuk dada tanyalah selera..


walau apa pun hidangan anda pagi ini saya berharap agar semuanya ceria2 selalu di pagi jumaat ini..bila da kenyang jgn lupa baca doa ye..


oh ye..lupe plak..jgn lupa solat jumaat jgk k..

selamat pagi semua!!ceria2kan hari anda..

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Shariful&Norbaizura

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan merpati 2 sejoli Shariful Sharizan & Norbaizura selepas selamat diijabkabul pada 31.1.09 bertempat di Jalan Pegawai off Jalan U-Thant..beberapa keping gambar telah saya paparkan seperti dibawah..

kucupan tanda kasih-sayang

senyuman berseri tanda ku sudah dimiliki

Lagak raja sehari

Berarak ke pelamin



Kini cinta kita abadi selamanya

Beberapa shoot outdoor sekitar bandaraya kuala lumpur

Beberapa candid istimewa buat tatapan semua





Selamat Pengantin Baru diucapkan~~
semoga panjang jodoh diucapkan..

Monday, March 23, 2009

tengahari yg terik...~~but i'm in luv~~

penat..

hari yg memenatkan~~aku terpikir nak minum air sirap jer skarang ni..huhu..sekitar jam 1 aku tiba diperkarangan rumah sewa..penat study campur test terus serabutkan kepala..banyak yang bermain di fikiran sekitar 2-3 arini..ooohhh~~dunia2..semuanya masalah bagiku..terus aku berlari mendapatkan tuala untuk ke bilik air..

duduk di ruangtamu...

kengkawan kusyuk menonton filem 'the punisher'..tergerak hati melihat sebentar beberapa aksi filem tersebut..fuhhh~~dahsyat la mak salleh wat filem...argghh!!!terasa kusut fikiran..nape xder mood ni~~

baring di bilik..

melihat keadaan bilik hanya Tuhan jer yg taw..elok kucing jer tido kat cni..nasib baik badan da penat kepala plak serabut..rasa nak tido biar lega cket rasa..huhu..tp xleh tido jgk..


kkkkrrrriiingggg...handphone berbunyi(sebenarnya ader bunyi ringtone)

si dia yg call..hee..rupanya serabut pasal dier xcall jer lagi..last2 dier call jgk..inilah keistimewaan wanita yg diciptakan oleh Allah s.w.t..mampu menenangkan hati yg gelisah..subhanaallah..


p/s: call la insan yg tersayang bila menghadapi kebuntuan~~