Sunday, April 12, 2009

cinta tiga segi ver.2.0

Cinta tiga segi ver.2.0 ini ditulis atas dasar untuk menjelaskan kebenaran dan menolak speklusi liar dari para anonymous yang begitu teruja untuk bersuara tetapi segan untuk menampilkan diri..hehe..jika ada yang terasa paham2 sendirik la yer..Cinta tiga segi ver2.0 juga merupakan lanjutan cerita dari cinta tiga segi sebelum ini(sapa yang nak comment sila baca rencana cinta tiga segi yang pertama itu dahulu).

Cinta tiga segi antara mamat ke-3,awek,and bf dienye ni bolelah aku tukarkan kepada nama-nama lain(takut confius nanti)..mamat ketiga ni aku namakan dier sebagai Sufi(bukan nama sebenar),awek ni sebagai Elisya(bukan nama sebenar) n bf dier sebagai Ehsan(bukan nama sebenar)..

Ehsan dan Elisya telah pun menjalinkan hubungan percintaan selama setahun 5 bulan lamanya..bagi Elisya hari ke hari perhubungan cinta itu kian pudar..Pergolakan sering berlaku antara mereka..Elisya sudah pun tawar hati dan sering memendam perasaan..awal januari lalu,Elisya dan Ehsan sedang dilanda krisis yang bagi Elisya itu merupakan dugaan terbesar sepanjang perhubungan mereka..namun Ehsan tetap berdiam diri tanpa menyedari perbuatannya mendiamkan diri itu merupakan satu titik noktah buat perhubungan mereka..
Elisya merasakan dirinya sahaja yang memujuk,merayu dan mendapatkan Ehsan setiap kali ada pergaduhan dan pertelingkahan sepanjang perhubungan mereka..Elisya sudah lali diperlakukan begitu..Elisya juga seperti manusia biasa yang inginkan kebahagiaan hidup dan juga mendambakan kasih-sayang seperti insan yang lain..

Elisya dan Sufi merupakan kenalan sejak dari sekolah rendah lagi namun selepas memasuki alam sekolah menengah persahabatan mereka terhenti kerana masing2 mendapatkan haluan masing2..Mereka bertemu kembali awal Januari lalu melalui ruang siber..dari hanya bertanya kabar hinggalah kedua-duanya bersetuju untuk berjumpa..bagi mereka tidak salah rasanya untuk bertemu kenalan lama..Lama-kelamaan kedua-duanya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan cinta yang mula berputik diantara mereka..Namun Sufi sedar Elisya sudah dimiliki orang begitu juga Elisya sedar akan dirinya sudah pun berpunya..Atas sebab tindakan Ehsan yang tidak memberikan perhatian yang lebih kepada Elisya maka Elisya merasakan dirinya tidak dihargai sepenuhnya oleh Ehsan..Elisya memberitahu Sufi akan situasi dirinya yang sudah dimiliki orang dan Sufi faham akan keadaanya itu..Sufi menyatakan kepada Elisya bahawa dia tidak mahu untuk mengganggu perhubungan Elisya dan Ehsan dan berharap dia dan Elisya dapat berkawan selepas ini..maka mereka pun berkawan seperti biasa namun semakin lama Elisya mengenali Sufi,semakin tertarik dia kepadanya..Elisya mendapati Sufi merupakan seorang insan yang istimewa disebabkan karakternye yang berbeza dari orang lain..mungkin disebabkan perbezaan setahun usia antara mereka dan 'level of thinking' membuatkan Elisya merasakan sesuatu kelainan yang ada pada diri Sufi..Elisya merasakan dirinya selesa bersama Sufi..

Pada suatu ketika Sufi merasakan dirinya bersalah menjadi orang ketiga diantara Elisya dan Ehsan..Sufi menyatakan kepada Elisya bahawa dia mencintai diri Elisya tetapi dia merasa bersalah dengan perbuatannya itu..Maka Sufi menyatakan keinginannya untuk menarik diri dan ingin pergi jauh dari Elisya..Sufi tidak mahu menjadi batu penghalang diantara Elisya dan Ehsan..namun tindakannya itu dihalang oleh Elisya..bagi Elisya dia tidak mampu untuk kehilangan Sufi..namun hati Elisya berbelah bagi kerana baginya Ehsan yang bersikap acuh xacuh kepadanya namun perhubungan mereka belum lagi berakhir..kini insan yang baru dikenalinya itu menyatakan hasrat untuk menarik diri dan tidak mahu untuk menjadi batu penghalang..


Kini Ehsan telah mengetahui Elisya kerap menghubungi Sufi..Mereka berjumpa sekali-sekala di hujung minggu..Ehsan tidak dapat menerima kenyataan dan terus mendapatkan Elisya untuk mendapatkan kepastian..Ehsan memberi kata dua kepada Elisya samada memilihnya atau memilih Sufi..Ehsan juga menyatakan bahawa jika Elisya memilihnya maka Elisya 'WAJIB' untuk memutuskan sebarang hubungan dengan Sufi walaupun hanya sebagai kawan..bagi Elisya itu terlau kejam bagi Sufi..Salahkah diri Elisya untuk berkawan dengan orang yang dikehendakinya?Ehsan tidak pernah nampak semua itu..bagi Ehsan,keinginannya harus dipenuhi..lain halnya kepada Sufi,dia menyatakan bahawa Elisya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia mahu..tidak salah untuk memberi kebebasan kepada Elisya yang ingin bebas berkawan..


Malam itu..
Ehsan menghubungi Elisya untuk mendapatkan jawapan samada Elisya memilih dirinya ataupun Sufi..Sedangkan sebelum Ehsan menghubungi Elisya,Sufi telah menghubungi Elisya dahulu dan menyatakan bahwa dia mahu MENARIK DIRI..Sufi tidak mahu dipersalahkan..Sufi tahu dirinya yang bersalah dalam soal ini..Sufi MENEGASKAN bahwa dia tetap mahu menarik diri dan MENDESAK Elisya supaya memilih Ehsan yang merupakan teman lelakinya ketika ini..Elisya menangis teresak-esak sewaktu Sufi menyatakan kehendaknya itu..Elisya menuruti kehendak Sufi dan memilih Ehsan seperti mana yang disuruh oleh Sufi..

Keesokan harinya..
hari ini merupakan hari yang suram buat Elisya kerana hatinya bagai retak seribu..keputusan yang dibuatnya malam tadi begitu memberi kesan yang mendalam..hatinya tidak tenteram ketika ini..Air mata laju menuruni dan membasahi pipi tatkala teringatkan Sufi..baginya Sufi tiada lagi..setiap kali melihat wajah Ehsan,Elisya akan teringatkan Sufi..setiap yang dilakukan pasti akan teringatkan Sufi..banyak yang bermain di fikiran Elisya ketika ini..Sedangkan Ehsan yang merasa puas dengan keputusan yang dibuat oleh Elisya dia tidak mengetahui bahwa kesengsaraan yang dialami oleh Elisya sewaktu membuat keputusan itu..Elisya sentiasa menangis hari ini..

Ehsan merasakan cemburu melihat keadaan Elisya yang sentiasa menangis mengingatkan Sufi..bagi Ehsan dia cemburukan Sufi kerana Elisya menangis sebegitu rupa dengan kehilangan Sufi..baginya Sufi seorang yang istimewa kerana mampu membuatkan Elisya menangis sepanjang hari..dengan hati yang berat maka Ehsan telah mendapatkan Elisya dan memberitahunya bahawa dia mahu melepaskan Elisya..kerana bagi Ehsan dia tidak mahu melihat Elisya terseksa dengan dirinya..


Sehingga hari ini..

hubungan Sufi dan Elisya sentiasa mekar dari hari ke hari malah Sufi telah menghadiahkan sebentuk cincin sebagai tanda perhubungan mereka..Cuma kadang2 orang yang hanya mendengar cerita orang tidak tahu kebenaran cerita yang sebenar..Sufi dan Elisya sentiasa sabar mendengar tohmahan cerita2 luar yang lebih mendambakan dosa-dosa fitnah dan hasad dengki
dari orang lain..bagi mereka,keinginan hati dan keputusan dari hati merupakan keputusan yang paling tepat dalam hidup seseorang itu..Sufi bukanlah perampas dan menjadi orang ke-3 seperti yang dikatakan orang itu..dia telahpun menarik diri terlebih dahulu..dan Ehsan pun telah melepaskan Elisya..

tentang soal duit pula,tidak salah rasanya Sufi untuk membelanjakan duitnya semata-mata untuk kebahagiaan Elisya..tetapi bukan setiap kali mereka berjumpa Sufi akan membelanjakan duitnya kepada Elisya..sesekali Elisya yang keluar duit pula..adatlah orang bercinta sentiasa ingin berkongsi apa jua yang dilakukan.."Sharing is caring"..

ohh~~lupa pula,Sufi telah membeli sepasang kasut buat Elisya namun disalah ertikan oleh pembawa mulut yang menginginkan dosa-dosa besar fitnah..kata pembawa mulut ini
"eleh,nak pancing guna duit la 2"..Sufi dan Elisya terkilan dengan pembawa mulut tersebut yang merupakan orang yang dikenali oleh mereka..bagi mereka,tidak salah rasanya menerima pemberian orang..Sufi membelikan Elisya kasut tersebut kerana Elisya menyimpan keinginan untuk memakai kasut itu satu hari nnti..kasut dan cincin itulah sahaja merupakan pemberian Sufi kepada Elisya setakat ini..tidak pernah terlintas untuk Sufi menggunakan duit sebagai senjata untuk memenangi hati Elisya..perhubungan mereka tercipta atas dasar kepercayaan dan kasih-sayang..


p/s:- so korang judgela cite yang aku tulis ni..aku xnak ade comment yang sebut pasal duit2 lagi k..em..kepada anonymous silalah tampilkan diri korang jika ada yang ingin bersuara menyatakan ketidakpuashati anda k..sikap gentlement anda diharapkan...

selamat membaca~~: )

Thursday, March 26, 2009

Morning everyone~~

Melihat terbitnya matahari pagi merupakan saat yang sungguh istimewa buat semua org tidak ketinggalan kepada diri saya..tidakkah anda rasa begitu?


namun semuanya bagai tidak lengkap dengan sebungkus nasi lemak berlaukkan telur rebus,kacang gorang dan beberapa ekor ikan bilis goreng..makanan ini menjadi makanan ruji masyarakat malaysia di pagi hari..pelik bukan?

emmm...atau istimewa?

makanan yg simple begini pasti membuat kita kepingin merasainya setiap pagi sebelum ke tempat kerja..lagi best makan masa pagi ahad..:)




xcukup dengan nasi lemak?ermmm..mesti lagi best kalau dapat makan roti canai..


hidangan tanpa penawar dahaga pasti membuatkan seseorang itu terbantut seleranya..adakah anda setuju?

hmm..pastinya xsempurna sarapan seseorg tanpa teh tarik,atau mungkin tongkat ali ais/suam atau kopi kapal api?tepuk dada tanyalah selera..


walau apa pun hidangan anda pagi ini saya berharap agar semuanya ceria2 selalu di pagi jumaat ini..bila da kenyang jgn lupa baca doa ye..


oh ye..lupe plak..jgn lupa solat jumaat jgk k..

selamat pagi semua!!ceria2kan hari anda..

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Shariful&Norbaizura

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan merpati 2 sejoli Shariful Sharizan & Norbaizura selepas selamat diijabkabul pada 31.1.09 bertempat di Jalan Pegawai off Jalan U-Thant..beberapa keping gambar telah saya paparkan seperti dibawah..

kucupan tanda kasih-sayang

senyuman berseri tanda ku sudah dimiliki

Lagak raja sehari

Berarak ke pelamin



Kini cinta kita abadi selamanya

Beberapa shoot outdoor sekitar bandaraya kuala lumpur

Beberapa candid istimewa buat tatapan semua





Selamat Pengantin Baru diucapkan~~
semoga panjang jodoh diucapkan..

Monday, March 23, 2009

tengahari yg terik...~~but i'm in luv~~

penat..

hari yg memenatkan~~aku terpikir nak minum air sirap jer skarang ni..huhu..sekitar jam 1 aku tiba diperkarangan rumah sewa..penat study campur test terus serabutkan kepala..banyak yang bermain di fikiran sekitar 2-3 arini..ooohhh~~dunia2..semuanya masalah bagiku..terus aku berlari mendapatkan tuala untuk ke bilik air..

duduk di ruangtamu...

kengkawan kusyuk menonton filem 'the punisher'..tergerak hati melihat sebentar beberapa aksi filem tersebut..fuhhh~~dahsyat la mak salleh wat filem...argghh!!!terasa kusut fikiran..nape xder mood ni~~

baring di bilik..

melihat keadaan bilik hanya Tuhan jer yg taw..elok kucing jer tido kat cni..nasib baik badan da penat kepala plak serabut..rasa nak tido biar lega cket rasa..huhu..tp xleh tido jgk..


kkkkrrrriiingggg...handphone berbunyi(sebenarnya ader bunyi ringtone)

si dia yg call..hee..rupanya serabut pasal dier xcall jer lagi..last2 dier call jgk..inilah keistimewaan wanita yg diciptakan oleh Allah s.w.t..mampu menenangkan hati yg gelisah..subhanaallah..


p/s: call la insan yg tersayang bila menghadapi kebuntuan~~

Friday, February 20, 2009

cinta tiga segi

kekadang kiter rase yg kiter suka kat seseorang 2 walaupun kiter taw hakikat yg sebenar bhwa dier suda dimiliki org tapi perasaan dalam diri membuak2 untuk diluahkan..aku xtaula penah ke x korang rase yg camni..tp persoalannye ialah kiter xmampu utk menipu perasaan diri sendirik so baik luahkan je mane taw untung rezki terpijak dier pun syok kat kiter plak..tuah aym nmpk dikaki tuah manusia siape yg taw..tp bg sesetengah pihak contohnya bf awek 2 mesti dier rase tercabar sebab awek 2 sebelum n mase ni dier yg punye..so bg dier unfair la sebab dier rase awek 2 milik dier sorang..tp dier xpenah sedar yg awek dier 2 da menaruh harapan kat mamat ke-3 ni..mybe ade conflict dalaman yg wujud antara diorang berdua sebelum ni yg membuatkan cinta beralih arah kat mamat ke-3 2..so aku xnak citer panjang2 pasal hubungan antara si bf ngn gf ni..yg aku nak sentuh ialah pada hubungan yg diklasifikasikan sebagai 'hubungan terlarang' walaupun aku xrase cam2..bg aku pilihan masih terbuka kat awek 2 untuk tentukan pilihan hati dier..

berbalik pada cite mamat ke-3 ni,aku cube la selami perasaan mamat ke-3 tp susah nak aku citekan..cume yg aku dapat taw die ni mesti rase bersalah kat bf awek 2 sebab 'potong line' die..n mesti la dier ni terpakse 'disorokkan' dari pengetahuan bf awek ni selagi si awek ni xberterus-terang ngn bf die..so kenala hidup macam bayang2 sebab orgnye xtau tapi bayangnye je yg ade..
TAPI bile si awek ni da bgtau bf dier pasal mamat ni tp si bf xmara cume leh ckp "xpe,i fhm u..i give u tyme 2 think bout it"..so peningla minah sorang ni nak memilih pilihan hatinye..pening-pening..jgn jadik macam peribahasa 'yang dikejar xdapat,yang dikendong keciciran' suda ler..
si mamat ke-3 ni mestila frust jgk campur perasaan bersalah kat bf si minah ni..sebabnye ialah si bf ni mestilah nak balik awek dier so dier akan wat macam2 cara utk pikat ati minah ni balik..so its juz like hipokrit la bg aku..cet..emo plak aku..bukan pe,bg aku xbley bersifat seperti plastik tp kenala bersifat realistik cket..kalo da syg kat org 2 kenala tunjuk camne kiter syg dier..jgnla plak bile da de masalah baru la terhegeh2 nak tunjuk yg kiter nak kat awek kiter,tunjuk yg kiter syg sayang dier gile2 n ayat common yg biase kiter dengar 'saya xleh hidup tanpa awak'..sume 2 ayat da basi da..so gurls watch out k..jgn terpedaya ngn pujukan macam ni..merbahaya taw..kalo betul die xleh idup tanpa pompuan 2 mestila dier da lame 'kiok' da..ni sihat walafiat je..hee..

so aku nak cakap kat cni kepada sesape yg tgh menjadi mamat ke-3 atau pernah melaluinya aku ucapkan syabas dan tahniah..bukan ngorat bini org taw!!yg belum kawin je bley..syabas sebab da melakukan anjakan paradigma dengan berani meluahkan perasaan korang walaupun korang tau lepas 2 korang akan rase betapa sakitnye menjadi mamat ke-3..haha..enjoy dat moment as mamat ke-3..hadapi ngn senyuman dan terima ngn lapang dada sebab korang da taw risk yg akan korang tanggung so terima je la..sekurang2nya korang berani mencuba..xsalah pun cume xmanis dipandang..cube sematkan prinsip BMW (Best Man Win) dalam diri korang..myb korang akan menjadi the choosen 1..last nasihat aku kalo da xthn jadik mamat ke-3 tu korang cepat2la berundur..takut rosak jiwa nurani korang sebab xthn dengn kesakitan 2..berundur xbererti kalah tp memberi ruang untuk diri sendiri dan orang lain..huhu..so jgn kecewa k~~

A little note for you 2

Though I can't always be there
with you,these words can be.
So I want you to
remember it in a special place inside your heart,
and every now and then think of me.

I want you to remember these when you're feeling wonderful,
so you can remind yourself that
that's how you make me feel.

I want you to keep this notes aside and save it,
for the days when things haven't
necessarily gone as planned,
and the clouds are hanging around a little longer than they should,
and maybe it will cheer you up.

when you get home in the days to come and see this note,
sitting on your dresser or your shelf,
remember that I'm probably sitting here,
as I usually do,smiling to think
of all the wonderful things about you.

~~~~~all this time,it have become so hard for me,
But,i can't never pull myself out of you,
This feeling have been too strong,too deep..
wish I can just show you how I feel,
But, I guess all I'm capable of is just saying
this magical word to you
that ' I LOVE YOU '

edited by~~elisyasyazwani.blogspot.com

Tuesday, January 20, 2009

Maafkan diriku kerana lama menyepi

Salam kepada semua yang pembaca yang budiman..bukan niat saya untuk lama menyepi tanpa ada khabar berita..maafkan diri yang hina ini jika telah lama tidak menaip papan kekunci ini..
Adapun saya kini lebih menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran..Insyaallah selepas ini saya lebih kerap untuk menulis disini..SALAM UKHWAH kepada semua pembaca..